Malaysia makmur aman dan damai,
Negara indah cantiklah permai,
Nasionalisme sudahlah disemai,
Dalam jiwa rakyat yang ramai.
Alhamdulilah syukur nikmat,
Malaysia maju rakyat selamat,
Semoga Malaysia dilimpah rahmat,
Biar sampai hari kiamat.
Lawan menyerang pahlawan tak gentar,
Demi Malaysia tanah tercinta,
Semangat kental tidak terkata,
Dalam jiwa pahlawan berjuta.
Amalkanlah semangat patriotik,
Dalam hati biarlah berputik,
Semaikanlah setiap detik,
Tunjukkanlah semangat autentik.
Yakinlah kita ekonomi pulih,
Langkah yang bijak kerajaan pilih,
Kejayaan ekonomi kita meraih,
Tunjukkan bahawa Malaysia boleh!
Satu bangsa, satu visi,
Kita melangkah zaman informasi,
Kemajuan MSC suatu misi,
Kebolehan Malaysia jangan disangsi.
Inilah Malaysia negaraku gagah,
Di bawah lindungan awan dan mega,
Nama Malaysia tetap kujaga,
Walau berkorban jiwa dan raga.
Akhirnya juga Malaysia merdeka,
Setelah melalui suka dan duka,
Malaysia berjaya kita berbangga,
Malaysia makmur rakyat pun suka.
Ya, begitulah deklamasi syair saya. Nampaknya, memang betul patriotik saya ini, menulis syair sedemikian rupanya. Buat blogger-blogger yang tak faham Bahasa Malaysia (bukan lagi Bahasa Melayu, ya!), tulislah satu dua komen kepada saya dan dengan sukacitanya akan saya terjemahkan blog saya ini dalam Bahasa Inggeris kepada saudara-saudari blogger sekalian.
SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE-50, MALAYSIA!
Ada apa-apa komen, sila ajukan kepada saya, ya. Jangan malu-malu, ya!
No comments:
Post a Comment