Semalam kami pegi JJCM, saya pilih tempat hasrul banje. Saya punya carbonara chicken adalah begitu creamy sampai terasa sedikit muak, bila perah lemon baru rasa best. Itulah kau patut order nasi je, dah lidah melayu tuh, melayu jugak. Food review dari yang laen2 sume sedap. Kesimpulannya ta menyesal la pegi strawberry cafe ni. Macam-macam ada. Butter prawn macam kat hotel pon ada dengan bayaran separuh harga. Tapi kualiti rasa, perfect!! Malam tadi atika sleepover rumah saya, selepas kami tgk Por vs Bra bersama, kami pon lepak kat bilik borak sampai tertido.
Hari ni pagi2 dah bau nasi goreng, mak masak. Lepas brunch atika pon balik sebab na pegi wedding kawan die. Untuk lunch tadi,mak masak asam pedas ikan parang, ayam kicap, dengan pak choy goreng. Petang tadi mak buat laksa nyonya. YUMMY. Alhamdulillah rezeki sentiasa ada di depan mata. Hari ini bole masuk dalam kategori "Im not lazy, im just enjoyed doing nothing" Petang tadi aku bole duk umah tgk hindustan!!! Last aku mengamalkan gaya hidup sebegini masa form 5 kot. Behave betul aku arini. Malam tgk Kor vs Uru dgn family sambil lipat berbakul clean laundry. Sebagai proud asian yg berbadan kecik & pendek, saya sungguh berbangga dgn korea. Wpun kalah tapi fighting spirit anda sungguh mengagumkan . HIDUP ASIA.
Tadi abang & cuzzie cik niazha text aku tanya ta pegi ke abang niazri bertunang besok. Terus aku detect cik niazha ni ta bagitau fam die ke kitorg da break??? Cara dorg ckp macam aku ni still adik comel kesayangan dorg yang dah lama menyepikan diri. Bile dorg tanya, ta terluah aku na cakap yg kitorg da break. So aku just cakap aku taley dtg sbb bz. Tapi dlm pada tu aku tetap sempat wish bekas abang ipar, & im happy for him. Finally die jumpa jugak soulmate yg dicari-cari selama ni. Harap2 kekal lah ye, yang penting jangan curang!! Jangan buat perangai bujang lagi, dulu aku selalu cakap kat cik niazha jgn ikot perngai abg die. Aku harap sampai bila2 la die dengar nasihat aku. Cik niazha ada contact aku ckp psl ni, tp die just bagitau je, tadela paksa aku pegi sbb die tau aku mesti tana punye. Skrg ni aku takut mak die je kol aku. Aku dengan orang tua memang lemah babe. Ta sampai ati. Dulu masa abang ata bertunang, mak die ciap kasi duit minyak full tank suh cik niazha jemput aku kat umah. Mase tu cik niazha still study kat uitm melaka. Aku ingat lagi. Harap-harap esok mak die bz sampai lupakan aku la. Perasaan aku pon da bercampur baur skarang. HEARTLESS. Susah kan na jaga hati sumer orang.......
Nota kaki : We cant please everybody...
No comments:
Post a Comment